Saturday 28 January 2012

SHUHADA GAZA



“Sesunggunya kita kepunyaan Allah. Dan sesungguhnya kita akan kembali kepadaNya”

[Surah Al-Baqarah : 156]



Scientific Proof of God
“Maka apakah kamu sangka bahawa Kami jadikan kamu itu sia-sia dan 

bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

[Surah Al-Mikminin : 115]



Miracles of Kaabah - 1,618 HD

Miracles of Quran - The Speed of Light

JANGAN NANGIS SAYANG............


Jangan menangis sayang ...
dunia ini sementara

Mencari keinsafan


“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang diriKu,
 (maka jawablah) bahawa Aku ini dekat”
[Surah Al-Baqarah : 186]

Dalam Manusia
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) 
Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri sehingga jelaslah
bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar ….”

[Surah Fushshilat : 53]
(di setiap jantung insan ada nama Allah)

(di setiap telapak tangan insan ada nama Allah)

Di Darat
 ‘Rasulullah bersabda : “…Berfikirlah kamu pada makhluk yang diciptakan Allah, Dan janganlah kamu berfikir tentang (zat) Allah, nescaya kamu binasa (kerananya)”.’
[Hadith riwayat Abus-Syekh]

 ‘Rasulullah bersabda : “Wahai manusia! Pakailah aqal untuk mengenal Tuhanmu …
Ketahuilah bahawa akal itu menolong kamu untuk mengenal Tuhanmu!”.’
[Hadith riwayat sebahagian Ahli Sunnah]


(Mesjid yg utuh walau digegar gempa dan diredah Tsunami)

Di Laut
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi. ” 
[
 Surah : Al Furqan : 53]
(aliran sungai di dalam laut)

Di Angkasa
“Telah dekat datangnya saat itu (hari kiamat) dan telah terbelah bulan. Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat suatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata: “(Ini adalah) sihir yang terus menerus”. Dan mereka mendustakan (Nabi) dan mengikuti hawa nafsu
 mereka, sedang tiap-tiap urusan telah ada ketetapannya. 
[
Surah Al-Qamar (54) : 1-3]
(kesan bulan pernah terbelah di bulan)


Lihatlah keajaibai Allah.. dan marilah kita renungkan maka insaflah seketika... 

Wednesday 21 December 2011

saya masih islam > ARIF ALFIAN

Ariff Alfian Rosli yang menjadi satu nama panas sejak seminggu yang lalu memberikan kenyataan 
beliau tentang isu perkahwinan gay kepada Irish Times.

Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.


“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.

Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.

“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.

Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.

Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.

Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.

Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.




jangan guna minyak masak berulang kali........

Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.



"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbathipertensi dan merosakkan hati.

"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star.

Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.

"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.

Tuesday 20 December 2011

Hidup ni tak sendah yang kita jangka kan....  Korang penah tak alami situasi yang sebegini.... Memang tension la kalau dok dalam situasi ni kan.. Macam aku bila belaku hal cam ni aku marah la.. Tambah-tambah benda yang jdi kepuasan kepada kita the mean is a gembira la... Kalau pasai cinta plak memglah la hal cam ni slalu berlaku kan.. Tak dinafikan la kalau da orang bunuh diri. Maybe tu la salah satu faktor utama kan.. Tp korang tahu tak banyak orang bunuh diri atau seksa diri sebab punca utama dia adalah cinta. Bila tak dapat yang diingini dalam cinta mendorong masalah yang membawa dosa besar ni berlaku..  Aku gak pena lalui hal macam ni tp aku fikir kan buat pa nk bunuh di ka atau nak cederakan di sebab masalah kecil ja...hehehe(story ni tak kena-mengena dengan siapa pn)